Tq Kerana sudi ke blog ini

\m/*** Terlanjur ke sini tu rajin2 le klik iklan yang ada nuh****nulung kengkawan***dan kalau perlukan apa2 pertolongan cth: s'ware, tutorial ke movie ke hape ke jgn segan silu***klu mampu sy bantu***\m/

Monday, 31 October 2011

Pengumuman UPSI

MENGHANTAR SEHINGGA EMPAT(4) FAIL DALAM SATU TUGASAN
Pihak Universiti telah menaiktaraf modul tugasan dengan kebolehan menghantar empat(4) URL file dalam satu tugasan. Contoh URL yang boleh dimuatnaik seperti URL google dokumen, URL video di Youtube atau komen di blog. Sila klik untuk manual ini.

PENTING : ANDA BOLEH MENGGGUNAKAN AKAUN GMAIL UNTUK CIPTA URL ASSIGNMENT
Sila hubungi pasukan e-mel Unit Rangkaian dan Server (05-4505878/5879) untuk bantuan teknikal BERKENAAN EMAIL SISWA. Sekiranya anda mempunyai akaun Gmail (peribadi), anda juga boleh menghantar tugasan melalui pautan seperti manual dilampiran.

PENTING : TUGASAN (ASSIGNMENT) MELALUI URL
Kepada semua pelajar terutamanya PJJ, pihak Universiti telah menaiktaraf kaedah penghantaran tugasan (assignment), dari kaedah muatnaik fail kepada kaedah menjana pautan URL .

Oleh yang demikian, mohon kepada semua pelajar :

1.Memuatnaik fail tugasan anda ke Mail Siswa / Gmail,

2. Jana pautan dalam bentuk URL,

3.Paste URL tersebut pada bahagian URL di Assignment MyGuru2.

Sila rujuk manual ini

PPSMI


Page Serah Memorandum Kepada Najib
PUTRAJAYA: Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) pada Isnin mendesak agar kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah.
Pengerusinya berkata berikutan itu pihaknya menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar perkara tersebut dipertimbangkan semula. "Kita sudah serah memorandum tersebut yang diterima oleh pegawai khas Perdana Menteri dan dalam kandungannya kita mengatakan bahawa polisi PPSMI adalah cukup elok dan diterima masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Beliau berkata pada 12 November ini, beberapa pihak ibu bapa akan mengadakan satu perkelahan di beberapa buah negeri bagi menunjukkan mereka serius dalam perkara tersebut.
"Jadi saya minta mereka yang terlibat dalam perkelahan tersebut membuatnya secara aman damai," katanya.
PPSMI akan diganti dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris pada tahun depan. -BERNAMA

Wanita dan Pemakaian

Satu entri dari blog lain yg aku suka...Tahniah pada artis yang lukis ni...

Islam tidak melarang wanita nak memakai apapun sebab Islam menyuruh kita menutup aurat asalkan kita mengikut kehendak syariat dan labuhkan ke paras dada sangat perlu. Dalam Al-Quran pon ade sebut. Islam bukan nak bagi seorang wanita tu nampak kolot tapi supaya wanita itu lebih dihormati. Wanita ISLAM WAJIB MENUTUP aurat bukan MEMBALUT AURAT

Thursday, 27 October 2011

Pembekuan Pelantikan Ke Gred DG41 Bagi Guru-Guru PJJ

Malas nak komen lagi...tp sesape yang berminat nak tengok sila la ke << sini >>

Monday, 10 October 2011

Bajet vs Rege Barang


Bajet baru umum….. Rege dah mula naik….hadoyai!!!!!!

Pembentangan Bajet 2012 yang antaranya melibatkan kenaikan gaji, imbuhan serta bonus tambahan kepada kakitangan awam di seluruh negara, pada 7 Oktober lalu dijangka akan mendorong peniaga tamak mengambil kesempatan menaikan harga barangan.
Bagi menghadapi kemungkinan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Harga bagi mengekang kenaikan harga oleh sebilangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Kenaikan harga barangan pengguna adalah satu isu normal setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bonus atau sebarang bentuk penyelarasan gaji serta elaun di kalangan kakitangan awam.
Di Pahang umpamanya  dilaporkan, peniaga dikesan menaikkan harga daging ayam sehingga RM10 sekilogram.
Berikut adalah kandungan sms dari KPDNKK yang dihantar kepada NGO-NGO pengguna di seluruh negara:
“Dengan pengumuman Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam dll dijangka akan mencetuskan kenaikan harga oleh peniaga yang tidak beretika.
“Sebagai tindakan proaktif, KPDNKK akan menubuhkan taskforce untuk pemantauan harga dan pada masa yang sama kerjasama bersama NGO pengguna dan rakan pengguna diperlukan dalam usaha kementerian dalam menangani isu kenaikan harga dan keuntungan melampau.
“Pihak kami akan berhubung dengan persatuan pengguna dari masa ke semasa bagi maksud ini,”.
Presiden Persatuan Pengguna Air Keroh (PPAK), Safina Sulaiman berkata, KPDNKK sewajarnya meningkatkan lagi pemantauan harga di seluruh negara untuk mengekang kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan.
“Memanglah KPDNKK seharusnya mempertingkatkan lagi pemantauan, bukan sahaja di bandar malah diluar bandar demi mengelakkan kenaikan harga barangan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab”, katanya kepada kami melalui sms.

--->mynews hub.my

Thursday, 6 October 2011

Sikit Pasal Youtube

YouTube diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal.  Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama domain "YouTube.com" diaktifkan pada 15 Februari 2005,dan laman web dibangun pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kali secara rasmi.
Pada musim panas 2006, YouTube menjadi salah satu laman web yang paling pesat pertumbuhannya dalam Jaringan Sejagat, dan ditempatkan oleh Alexa sebagai laman web yang kelima terpopular, iaitu jauh mengatasi juga pertumbuhan laman web MySpace.  Menurut sebuah tinjauan pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari, dengan sebanyak 65,000 video baru dimuat naik setiap 24 jam. Menurut Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna setiap bulan, dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian di United Kingdom
http://ms.wikipedia.org/wiki/YouTube
nak belajar cara register youtube____>

Refleksi


Definisi Refleksi:

  • Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

  • Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

  • Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

Tujuan Refleksi:

  • Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

  • Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.

  • Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

  • Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesiional keguruan.

Ciri-ciri Refleksi:

  • Bermula dengan mengingat kembali.
  • Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu.
  • Menentukan usaha secara sedar (conscious effort).
  • Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif.

Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship

Ia merupakan proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:

1.     Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:

·               Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?

·               Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?

·              Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan  untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut?

·              Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut?

Monday, 3 October 2011

Jika anda mengalami simptom-simptom berikut, bermakna anda menghadapi masalah ketagihan Laman sosial...


- Anda mengira jumlah rakan berdasarkan rakan di Facebook
- Anda mempunyai lebih ramai rakan di Facebook berbanding di dunia sebenar
- Anda “tweet” lebih banyak daripada bercakap
- Anda tidak ketawa, tetapi hanya menyebut “lol”
- Orang lain mengetahui rutin harian anda melalui Facebook dan Twitter
-. Tangan anda mula menggigil selepas seharian tidak memegang laptop/komputer
-. Anda log in ke Facebook dan Tweeter sebelum memberus gigi setiap pagi
-. Ketiadaan talian internet adalah masalah yang sangat besar bagi anda
-. Anda lebih mudah dihubungi melalui Facebook, berbanding melalui sms.
- Satu-satunya sebab anda mengambil gambar, adalah untuk menjadikannya gambar profil anda

Jika anda mengalami walau satu pun daripada simptom diatas, dapatkan rawatan untuk merawat ketagihan, dan pastikan anda tidak mendapatkan rawatan melalui doktor di Facebook atau Tweeter!. hehehe