Tq Kerana sudi ke blog ini

\m/*** Terlanjur ke sini tu rajin2 le klik iklan yang ada nuh****nulung kengkawan***dan kalau perlukan apa2 pertolongan cth: s'ware, tutorial ke movie ke hape ke jgn segan silu***klu mampu sy bantu***\m/

Monday, 31 October 2011

PPSMI


Page Serah Memorandum Kepada Najib
PUTRAJAYA: Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) pada Isnin mendesak agar kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah.
Pengerusinya berkata berikutan itu pihaknya menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar perkara tersebut dipertimbangkan semula. "Kita sudah serah memorandum tersebut yang diterima oleh pegawai khas Perdana Menteri dan dalam kandungannya kita mengatakan bahawa polisi PPSMI adalah cukup elok dan diterima masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Beliau berkata pada 12 November ini, beberapa pihak ibu bapa akan mengadakan satu perkelahan di beberapa buah negeri bagi menunjukkan mereka serius dalam perkara tersebut.
"Jadi saya minta mereka yang terlibat dalam perkelahan tersebut membuatnya secara aman damai," katanya.
PPSMI akan diganti dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris pada tahun depan. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment