Tq Kerana sudi ke blog ini

\m/*** Terlanjur ke sini tu rajin2 le klik iklan yang ada nuh****nulung kengkawan***dan kalau perlukan apa2 pertolongan cth: s'ware, tutorial ke movie ke hape ke jgn segan silu***klu mampu sy bantu***\m/

KRB3033

KESALAHAN BAHASA PAPAN TANDA
Sesebuah bangsa tidak mungkin dapat berkembang dan juga gagal menggambarkan identitinya secara keseluruhan dalam perhubungan dengan bangsa-bangsa lain tanpa bahasa.

Bahasa menunjukkan identiti bangsa dan ia juga dapat menunjukkan tinggi rendahnya kebudayaan sesebuah bangsa. Bahasa turut menggambarkan jauh mana kemajuan yang telah dicapai sesuatu kelompok tersebut. Tanpa bahasa, bangsa itu akhirnya akan lenyap ditelan masa.

Kelemahan bahasa juga akan melambangkan status sosial dan kekuatan identiti sesebuah bangsa. Sebagaimana dijelaskan oleh Ralp Fasold dalam bukunya, The Sociolinguistics of Society dan The Sociolinguistic of Language (1990),

Frederick J. Newmeyer menganggap sesebuah bangsa yang gagal memperkasakan bahasanya bakal terjerumus ke dalam krisis sosiobudaya yang serius melalui tulisannya Language: The Sociocultural Context. Beliau juga berpendapat, kekuatan bahasa merupakan sisi lain kepada citra khusus keunggulan peradaban, pemikiran dan perilaku sesebuah bangsa

Secara formal, kini bahasa Malaysia mempunyai empat fungsi iaitu sebagai bahasa integrasi, bahasa kebangsaan, bahasa negara dan bahasa resmi, ditambah pula sebagai bahasa budaya dan bahasa ilmu. Keenam-enam kedudukan ini mempunyai fungsi yang berbeza, walaupun dalam amalannya dapat saja muncul secara bersama-sama.

Sehingga ke hari ini, penggunaan bahasa Malaysia tidak banyak berubah. Masyarakat tanpa mengira kaum seolah-olah lebih senang berbahasa Inggeris selain bahasa ibunda. Malah, ada masyarakat Melayu yang lebih gemar berbahasa Inggeris dan berasakan bodh bila berbahasa Melayu.

Natijahnya, masih banyak penggunaan bahasa Melayu yang tidak tepat, lemah dan bercampur-aduk dengan istilah-istilah bahasa asing serta gaya penuturan bahasa ibunda mengikut etnik.

Kelemahan yang cukup ketara terutamanya dari sektor pengiklanan, walaupun kempen penggunaan bahasa Melayu yang tepat dalam sektor swasta dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Kesalahan yang dipaparkan cukup ketara. Banyak premis-premis perniagaan yang masih menggunakan gaya bahasa yang boleh menjejaskan imej bahasa Malaysia. Namun, tidak ada sebarang tindakan atau teguran khususnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).



Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah para peniaga, DBP atau PBT yang `tidak peka’ terhadap kegagalan penggunaan bahasa Melayu yang baik di kawasan pentadbiran mereka?

Menurut pensyarah bahasa dan kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Dr. Lim Swee Tin, PBT perlu memantau dengan menyeluruh kesilapan-kesilapan tersebut.

Katanya, tindakan akan diambil bergantung kepada peraturan dan bidang kuasa yang dimiliki oleh PBT. Ia sama ada arahan untuk mengganti atau memperbetulkan sebarang kesilapan yang ada.

“Ada dua isu dalam konteks ini. Ada penyelewengan dan kesalahan menterjemah. Penyelewengan bererti pihak PBT tidak membuat pemantauan yang meluas terhadap papan-papan tanda atau medium pengiklanan yang lain.
“Kesalahan bahasa mungkin tidak dititikberatkan dan pada masa yang sama pemilik perniagaan menggunakan khidmat penterjemah yang menterjemah secara langsung sesuatu ayat. Di sinilah kesilapan berlaku,” katanya.

Swee Tin berkata, jika masalah dan isu penggunaan bahasa tersebut tidak diselesaikan secepat mungkin, bahasa Malaysia akan terjerumus ke dalam `tragedi’.

Ini kerana, jika gaya bahasa seperti itu terus digunakan, ia akan memberi impak kepada masyarakat terutama generasi baru termasuk kanak-kanak sekolah.

“Cuba bayangkan jika gaya bahasa yang salah itu dibaca oleh orang asing yang berada di negara ini atau setidak-tidaknya generasi muda yang terdiri daripada pelajar sekolah. Adakah ia baik dan sesuai?,” tambah beliau.

Oleh itu, beliau berkata, PBT perlu memastikan setiap bahasa pada papan iklan perlu benar-benar tepat sebelum sesebuah permohonan perniagaan diluluskan.

Dalam pada itu, penulis, Uthaya Sankar SB pula berpendapat, penggunaan bahasa Malaysia yang salah di papan-papan tanda atau papan iklan sering dianggap sesuatu kecil.
Sedangkan, beliau berkata, bahasa Malaysia telah menjadi medium komunikasi dan bahasa rasmi negara ini dan diterima oleh masyarakat berbilang kaum.

“Di sini kita menuntut peranan PBT untuk bertindak tegas terutama membuat semakan yang teliti ketika permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan oleh para peniaga.

“Jangan terlalu bergantung kepada DBP untuk membuat semakan sebab membetulkan kesilapan bahasa merupakan tanggungjawab semua individu, kelompok dan institusi,’’ katanya.

Sama seperti Swee Tin, Uthaya berpendapat, rakyat Malaysia sebagai pengguna bahasa itu seharusnya bangga menggunakannya sebagai alat komunikasi, perniagaan, integrasi dan keharmonian.

Melalui bahasa Malaysia, mereka mampu menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan sempurna dan lengkap kepada orang lain termasuk juga produk-produk perniagaan yang ditawarkan.

Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment