Tq Kerana sudi ke blog ini

\m/*** Terlanjur ke sini tu rajin2 le klik iklan yang ada nuh****nulung kengkawan***dan kalau perlukan apa2 pertolongan cth: s'ware, tutorial ke movie ke hape ke jgn segan silu***klu mampu sy bantu***\m/

KPF3012

Apakah PPSMI akan dikaji semula?

Pelaksanaan dasar MBMMBI adalah untuk meletakkan kembali kedaulatan bahasa ke landasan yang betul. Kekuatan sesuatu bahasa akan terjejas dan merosot sekiranya dihilangkan kandungan elemen keilmuan terutama yang merangkumi bidang sains, matematik dan teknologi.
Dibimbangi akhirnya bahasa itu akan berada di tahap rendah dan hanya layak dipertuturkan di kedai-kedai kopi atau di tepi-tepi jalan sahaja. Ia tidak akan dapat digunakan secara rasmi dalam majlis-majlis keilmuan berskala tinggi dalam seminar, konvensyen atau perbincangan-perbincangan. Malah lebih menyedihkan usaha yang telah dirintis oleh pelbagai pihak untuk mengangkat martabat bahasa tersebut hingga ke peringkat antara bangsa akan menjadi sia-sia.
Amat malang bagi perkembangan bahasa Malaysia yang ditutur hanya kira-kira 27 juta orang yang tinggal dari Arau, Perlis hingga ke Tawau, Sabah jika rohnya tidak diangkat dan didaulatkan. Ramai daripada pejuang bahasa yang banyak berjasa bagi mengangkat martabat bahasa telah meninggal dunia. Jika ada yang masih hidup mereka pasti akan menggelengkan kepala melihat bagaimana generasi kini telah luntur semangat cintakan bahasa.
Tidak seperti di negara lain di mana rakyatnya sangat sayangkan bahasa dan bangga menggunakan bahasa mereka. Jelas sekali tidak ada perasaan rendah diri atau rasa bersalah jika bahasa mereka digunakan walaupun dalam persidangan bertaraf antarabangsa atau majlis-majlis rasmi yang dihadiri oleh warga luar negara.
Dasar MBMMBI Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah proaktif untuk mengembalikan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah dan dalam Bahasa Malaysia di peringkat menengah bermula tahun hadapan. Bagi memperkukuhkan bahasa Inggeris, kurikulum baru KSSR telah diperkenalkan di mana pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut ditambah nilai supaya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan pelajar.
Elemen gerak karja seperti nyanyian, lakonan, kuiz, perbincangan, pembacaan dan lain-lain akan diperbanyakkan. Bagi memantapkan lagi pengajaran bahasa itu tambahan masa dalam jadual pengajaran telah ditingkatkan hampir sekali ganda lagi.
Seperti yang dimaklumi bagi memantapkan lagi pengajaran bahasa tersebut lebih 300 orang guru berpengalaman yang terdiri dari penutur jati daripada United Kingdom telah didatangkan. Difahamkan tidak lama lagi guru-guru daripada Amerika Syarikat akan dibawa masuk di mana perbincangan-perbincangan peringkat akhir telah pun dilaksanakan.
Amat wajar sekali dasar PPSMI ditukar kepada MBMMBI kerana menurut laporan UNESCO yang membuat kajian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran didapati ia lebih berkesan jika diajar melalui bahasa ibunda atau bahasa yang mereka fahami. Itulah sebabnya kita masih lagi mengekalkan sekolah aliran Cina dan India kerana pembelajaran menjadi lebih mudah jika dilaksanakan dalam bahasa yang mereka telah biasa gunakan.
Demikian juga bakal guru dan guru-guru digalakkan mempelajari bahasa atau dialek yang digunakan oleh Orang Asli atau dialek penduduk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan untuk memudahkan guru menjelaskan maksud sesuatu perkataan atau istilah yang sukar difahami dengan lancar kepada pelajar-pelajarnya.
Dalam pelaksanaan dasar PPSMI, faktor guru juga memainkan peranan penting. Kebanyakan guru adalah mereka yang terdidik melalui sistem pendidikan kebangsaan, oleh itu untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran mungkin memerlukan sedikit masa lagi. Ini diikuti pula faktor keyakinan diri terutama mereka yang mengajar di kawasan bandar yang kebanyakan pelajarnya mempunyai latar belakang bahasa Inggeris.
Satu lagi isu yang dihadapi ialah berkaitan dengan kefahaman pelajar mengikuti pembelajaran mata pelajaran tersebut terutama dari segi konsep atau istilah-istilah baru. Dalam usaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar ada kalanya guru terpaksa menggunakan bahasa Malaysia bagi menerang atau menjelaskan sesuatu yang tidak difahami oleh pelajar.
Keadaan tersebut boleh menyebabkan pembaziran masa di mana guru terpaksa mengulang beberapa kali dengan mengalih bahasa dalam pengajarannya. Sebagai guru yang berkesan, apa yang penting ialah kefahaman pelajar tentang perkara yang diajarnya. Walaupun guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang canggih tetapi akhirnya yang diukur dan diambil kira ialah sejauh mana kefahaman pelajar terhadap apa yang diajar oleh guru.
Kesan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan mulai 2003 terbukti melalui penilian yang dibuat oleh badan antara bangsa pada tahun 2009. Didapati pencapaian pelajar menurun jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Akibatnya ranking negara dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran turut terjejas jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Penukaran dasar PPSMI kepada MBMMBI bukanlah bermakna kita anti bahasa Inggeris. Namun demikian sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa kumpulan NGO yang menyuarakan pendapat supaya PPSMI dikaji semula.
Ada di antara mereka yang mencadangkan dikembalikan semula pengantar bahasa Inggeris atau setidak-tidaknya memberi pilihan kepada ibu bapa dan sekolah untuk meneruskan dasar PPSMI. Difahamkan ada di antara NGO tersebut telah menghantar memorandum kepada pihak tertentu supaya cadangan mereka diberi perhatian.
Sesungguhnya perubahan dasar PPSMI kepada MBMMBI akan meningkatkan lagi kualiti pendidikan dan memberi manfaat yang besar kepada semua pelajar.
*************************************************
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Dasar Dan Falsafah 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini. sumber ://ariedrifke.blogspot
Rujukan  :  slideshare  web upu  tok burung 

No comments:

Post a Comment